Blog Template

product 1

Anda dapat mendownload template untuk blog anda disini ya. Selamat mencoba...

Dunia Tumbuhan

product 1

Bagi yang ingin mengetahui tumbuhan-tumbuhan di dunia ini beserta nama latinnya klik disni.

Buku Elektronik

product 1

Bagi yang ingin mendownload buku pelajaran elektronik silahkan klik disini cursus enim, id luctus felis metus urna.

Tips Berhenti Merokok

Sandi.Info | 22.18 | 0 komentar

Tips Berhenti Merokok



Anda bermasalah dengan kebiasaan merokok yang semakin parah? Jangan khawatir. Berikut adalah tips mudah untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Anda boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi ingat ia tentu tidak berjaya tanpa niat yang ikhlas.
Selalu Berpuasa
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Berikan hadiah kepada diri sendiri
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.
Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Aktif berolahraga
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.
Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.
Tips Berhenti Merokok, Berhenti Merokok, Cara Berhenti Merokok, Kiat Berhenti Merokok, Metode Berhenti Merokok, Stop Merokok



sumber : http://lkpk.org/2010/10/06/tips-berhenti-merokok/

Category:

Sandi-Info: My name is Sandi . I'm administrator of www.sandi-info.blogspot.com.

0 komentar